Jawapan
Pengenalan
Banyak orang ingin menjadi pemimpin.
Sesetengahnya berjaya menjadi pemimpin.
Manakala yang lainnya gagal atau tidak mampu menjadi pemimpin.
Isi ( huraian & contoh)
i. Pandai menggunakan kuasa tanpa menimbulkan syak wasangka di kalangan pekerja atau tidak gila kuasa.
ii. Bersih Cekap & amanah.
iii.Menyedari kekuatan dan kelemahan sendiri.
iv. Menyedari mengenai kemajuan diri sendiri dan kemajuan pekerja-pekerja bawahan.
v. Sentiasa berfikiran terbuka dan mengalu-alukan nilai positif dikalangan pekerjanya.
vi. Mempunyai emosi yang seimbang dan pandai berjenaka.
vii. Sentiasa memberi teladan yang baik kepada pekerja.
viii. Sentiasa terbuka terhadap kritikan yang membina.
x. Bertindak dengan sabar dan adil ( tidak pilih kasih)
Penutup
Peranan seorang pemimpin adalah kompleks. Pemimpin perlu bijak memilih tindakannya bagi menangani pelbagai masalah pekerjanya. Pemimpin ibarat moderator didalam sesebuah organisasi. Organisasi yang dipimpin oleh pemimpin yang baik akan lebih lancar penyelesaian masalah-masalah yang ditempuhi mereka berbanding organisasi yang dipimpin oleh seorang ketua yang kurang sifat kepemimpinan.