Selasa, 11 November 2008

NILAI DAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM

NILAI DAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM


PENDAHULUAN

Sebuah kerajaan yang memerintah bertanggungjawab menggubal dasar-dasar dan peraturan-peraturan yang difikirkan perlu untuk mencapai matlamat sosio-ekonomi dan wawasan negara. Perkhidmatan Awam merupakan institusi penting bagi melaksanakan dasar yang digubal dalam membantu usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berasaskan kepada nilai-nilai murni sejagat. Keberkesanan dan kecekapan jentera pelaksanaan mendukung pembangunan negara meningkatkan kualiti penghidupan rakyat di negara ini.

Untuk mencapai matlamat ini, jentera pentadbiran awam dikemaskini bagi memenuhi sebarang keperluan mengikut perubahan persekitaran dan cabaran semasa. Penjawat Perkhidmatan Awam pula dikehendaki menghayati dan menanam sikap dan nilai positif agar ia menjadi teras atau tunggak kepada keperibadian dan tatakelakuan anggota Perkhidmatan Awam.

Pelbagai dasar dan program telah dilaksanakan oleh Kerajaan secara berterusan agar penanaman dan penghayatan sikap dan nilai murni diamalkan oleh anggota Kerajaan.

Di antaranya ialah:

Teras Perkhidmatan Awam
Bersih, Cekap dan Amanah
Penerapan Nilai-nilai Murni
Kepimpinan Melalui Teladan
Pemakaian Tanda Nama
Kad Perakam Waktu


Pekeliling-pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

Untuk melaksanakan etika kerja yang baik anggota perkhidmatan awam perlu meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang. Anggota Perkhidmatan Awam, disamping perlu memiliki nilai dan sikap yang positif, seharusnya juga mencari pendekatan baru bagi meningkatkan kepakaran agar mereka lebih cekap dan inovatif ke arah menyumbang kepada pembangunan negara.


DEFINISI NILAI DAN ETIKA

Nilai ditakrifkan sebagai kehendak dan keinginan yang mendorong seseorang atau sesebuah institusi untuk bertindak mengikut pemilihan berasaskan norma-norma utama meliputi perilaku dan amalan masyarakat; manakala Etika pula bermaksud tanggungjawab dan tingkah laku seseorang atau profesyen terhadap masyarakat/pelanggan.

RASIONAL

Keberkesanan untuk mewujudkan sesebuah tamadun bagi negara bergantung kepada idealisme dan motivasi setiap individu dan institusi sosial termasuk Perkhidmatan Awam. Anggota Perkhidmatan Awam berperanan sebagai “Stewardship” negara bagi mempertahankan kepentingan awam dan keadilan bagi semua rakyat dalam pembentukan sistem sosio-ekonomi negara.

Anggota Perkhidmatan Awam di Malaysia mempunyai empat peranan utama dalam pembangunan negara iaitu:
  • Perkhidmatan Awam adalah satu institusi utama masyarakat dan negara.
  • Perkhidmatan Awam memberikan perkhidmatan kepada Raja, Kerajaan dan rakyat dengan penuh kesetiaan.
  • Perkhidmatan Awam bertanggungjawab membentuk satu masyarakat yang adil dengan sistem ekonomi terbuka yang berpandukan kepada kepentingan awam, menjaga keamanan dan perundangan, menggalakkan inovasi, penyelidikan dan pembangunan tamadun.
  • Perkhidmatan Awam menjalankan hak-hak dan kuasa-kuasanya dengan penuh tanggungjawab serta berlaku adil kepada rakyat yang menerima khidmatnya.

TERAS PERKHIDMATAN AWAM

Etika Perkhidmatan Awam telah dilancarkan pada tahun 1979 melalui Buku Perkhidmatan Cemerlang dan bertujuan:

Mengekal dan memelihara kepercayaan terhadap tugas yang diberikan.

Memupuk tanggungjawab bersama, mengeratkan perhubungan dengan kakitangan dan mewujudkan suasana yang sihat dan cekap dalam perkhidmatan.

Membentuk sikap dan pembawaan anggota Perkhidmatan Awam bersesuaian dengan semangat Rukunegara. Tujuh Teras Etika Perkhidmatan adalah:

  • Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan
  • Bekerja dengan penuh tanggungjawab
  • Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
  • Bekerja dengan penuh muhibbah dan kemesraan
  • Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
  • Bekerjasama dalam membenteras kelemahan dan musuh negara
  • Berpegang teguh kepada ajaran agama

Oleh yang demikian, kefahaman terhadap Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam amatlah penting kerana ianya:


Menentukan arah dan memberikan makna kepada pemikiran, tindakan dan tingkah laku anggota Perkhidmatan Awam bagi memenuhi tanggungjawab dan amanah sebagai pekerja negara.

Memberi penyatuan dan penyelarasan di antara anggota-anggota Perkhidmatan Awam sebagai institusi utama yang memberi sumbangan kepada pembangunan tamadun masyarakat.

Merupakan standard mutlak bagi mendorong anggota Perkhidmatan Awam berkhidmat dengan ikhlas dan berkesan. Adalah wajar nilai-nilai dan etika Perkhidmatan Awam dijelaskan secara terperinci dan mendalam meliputi apa yang telah dinamakan sebagai Tonggak Duabelas (The Twelve Pillars) iaitu:

Menghargai Masa
Ketekunan Membawa Kejayaan
Keseronokan Bekerja
Kemuliaan Kesederhanaan
Ketinggian Peribadi
Kekuatan Sifat Baik Hati
Pengaruh Teladan
Kewajipan Menjalankan Tugas
Kebijaksanaan Berkhidmat
Keutamaan Kesabaran
Peningkatan Bakat
Nikmat Mencipta


Sumber : Nota kursus PTK

Pelan Integriti Nasional (PIN)

Pelan Integriti Nasional (PIN) dilaksanakan secara berperingkat dan tempoh 2004-2008 merupakan fasa pertama pelaksanaannya. Dalam tempoh ini, pelbagai program dan aktiviti yang dicadangkan dalam Strategi dan Pelan Tindakan PIN akan dilaksanakan. Melalui pelaksanaan, pemantauan dan penilaian ke atas keberkesanan pelbagai program dan aktiviti itu, Kerajaan menjangkakan beberapa sasaran penting yang digariskan oleh PIN akan tercapai.

Skop dan konsep yang dibawa oleh PIN kelihatannya lebih menyeluruh dan holistik dalam memberi panduan kepada setiap komponen masyarakat untuk membudayakan integriti.

PIN yang dilancarkan pada 23 April 2004, oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, adalah selaras dengan cabaran ke empat Wawasan 2020 iaitu untuk “Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para harganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.


Objektif khusus PIN adalah;

o Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;

o Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang;

o Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;

o Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan

o Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

Untuk melaksanakan PIN, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah ditubuhkan dengan peranan utamanya untuk mengkoordinasikan dan memantau pelaksanaan PIN.
IIM telah didaftarkan sebagai sebuah badan bebas berstatus syarikat jaminan kerajaan dibawah Akta Syarikat 1965 pada 4 Mac 2005. Penubuhan IIM ini telah diumumkan kepada masyarakat pada 23 April 2004 bersempena dengan pelancaran PIN.
IIM dikawal oleh sebuah Lembaga Pengarah yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dan dianggotai oleh beberapa orang tokoh yang berwibawa dalam bidang masing-masing.

Gerakan pemantapan integriti semua lapisan masyarakat berdasarkan PIN dan dikoordinasikan pelaksanaannya oleh IIM diharapkan akan menjadi inspirasi dan kekuatan bagi membina Malaysia yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.


Faktor yang menyumbang kejayaan sasaran PIN.

Pencapaian pelbagai objektif Strategi dan Pelan Tindakan PIN bergantung kepada dinamika dan daya tahan gerakan pemantapan integriti serta keupayaannya meresap ke akar umbi sehingga menjadi gerakan rakyat. Antara faktor yang menyumbang kejayaan sasaran Pelan Integriti Nasional (PIN) adalah :


1. Kepimpinan berteladan

2. Pendidikan berterusan dan berulang

3. Komunikasi berkesan

4. Persekitaran budaya yang kondusif

5. Kesediaan individu untuk berubah



Kepimpinan Berteladan

Kepimpinan adalah antara faktor penentu terpenting bagi kejayaan PIN. Kepimpinan sedemikian mempunyai iltizam politik yang teguh, berwawasan, menetapkan sasaran yang jelas, berpegang pada prinsip bersih, cekap dan amanah, menunjukkan teladan yang baik, berhemah serta mesra rakyat. Kepimpinan yang mempunyai ciri-ciri ini dapat memberikan inspirasi kepada rakyat, sekaligus menggembleng kekuatan mereka untuk mencapai matlamat PIN.


Pendidikan berterusan dan berulang

Pencapaian sasaran PIN juga amat bergantung kepada pendidikan nilai­nilai murni secara berterusan dan berulang di kalangan pelbagai sektor dan lapisan masyarakat. Melalui cara ini nilai-nilai tersebut beransur­ansur dapat dihayati dan dilaksanakan sehingga menjadi sebahagian daripada kebiasaan hidup. Dengan demikian ia akhirnya menjadi budaya individu dan masyarakat.


Komunikasi Berkesan

Salah satu faktor yang boleh menyebabkan kegagalan mana-mana perancangan perubahan termasuk PIN ialah kegagalan berkomunikasi. Oleh itu, komunikasi yang berkesan, jelas, terfokus, dan mudah difahami amat penting.


Persekitaran Budaya yang Kondusif

Persekitaran yang kondusif bermaksud adanya suatu budaya di mana rakyat di merata tempat berminat mengenai etika dan integriti serta mengamalkannya. Minat dan pengamalan ini akan terus berkembang apabila pemimpin menepati janjinya.
Penguatkuasaan terhadap gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa pula semakin berkesan dan tidak dilakukan secara 'rnemilih bulu'. Perkernbangan ini akan lebih terdorong lagi apabila tedapat penyelesaiaan terhadap kes-kes yang menarik perhatian umum.

Kesediaan individu untuk Berubah

Dari segi pembinaan insan, peranan individu sangat penting. Pemahaman, kesedaran dan pengetahuan individu mengenai nilai-nilai murni, yang dipupuk melalui pendidikan dan komunikasi berkesan akan menyumbang kepada gerakan pemantapan integriti. Keinsafan mereka tentang perlunya kelemahan diri diatasi akan meningkatkan komitmen mereka untuk berubah. Dengan cara itu, individu berkenaan akan lebih komited kepada usaha meningkatkan amalan beretika, sekaligus integriti.

Kesimpulan

Gerakan pemantapan integriti ialah suatu gagasan yang semakin menawan imaginasi pelbagai lapisan masyarakat Malaysia. Gerakan ini sedang menjadi suatu kekuatan masyarakat bagi mengurus kejayaan dan menangani kelemahan dengan berkesan. Pelancaran Pelan Integriti Nasional (PIN) dan penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM) menjadi pendorong terbesar ke arah pencapaian matlamat gerakan pemantapan integriti. Kesemua ini membolehkan Malaysia secara teratur melangkah ke hadapan mencapai cita-cita menjadi sebuah masyarakat maju menurut acuan sendiri, serta membinanya menjadi lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.


Sumber : Nota kursus PTK

Ahad, 9 November 2008

SUKATAN PEPERIKSAAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN

SUKATAN PEPERIKSAAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN
BAHAGIAN I – KOMPETENSI UMUM (TK 1)

1. Keutuhan Peribadi

1.1 Mengetahui nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh kakitangan awamke arah meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan awam seperti:
1.1.1 Tonggak 12
1.1.2 Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam
1.1.3 Pelan Integriti Nasional (PIN)
1.1.4 Aku Janji

2. Pengetahuan tentang Protokol dan Etiket dalam Pengurusan dan Menghadiri Majlis

2.1 Pengertian protokol dan etiket
2.2 Kepentingan protokol dan etiket
2.3 Elemen protokol dan etiket
2.4 Kaedah penyusunan tempat duduk bagi pelbagai majlis mengikut amalan protokol
2.4.1 Prinsip-prinsip penyusunan tempat duduk
2.5 Kaedah penyusunan tempat duduk bagi jamuan makan mengikut amalanprotokol2.5.1 Kedudukan tetamu kehormat
2.6 Bendera Malaysia dan Negeri-negeri mengikut susunan
2.7 Tanggungjawab penyambut tetamu dalam pelbagai majlis formal dan tidakformal
2.7.1 Kategori penyambut tetamu
2.7.2 Bidang tugas penyambut tetamu
2.7.3 Kriteria penyambut tetamu yang baik
2.7.4 Teknik menyambut
2.8 Ketertiban ketika di meja makan
2.9 Ketertiban menghadiri majlis rasmi
2.10 Lagu Kebangsaan

3. Pengetahuan Asas Teknologi Maklumat

3.1 Asas-asas komputer
3.2 Microsoft Office
3.2.1 Word
3.2.2 Excel
3.2.3 Powerpoint
3.3 Internet (e-mail/laman web)
3.4 Pengetahuan asas peralatan komputer

4. Pengetahuan tentang Kod Tata Kelakuan Perkhidmatan Awam
4.1 Pekerjaan luar
4.2 Keselamatan dan kerahsiaan maklumat
4.3 Membuat pernyataan awam dan perhubungan dengan media massa
4.4 Penerimaan hadiah atau keraian
4.5 Kesusahan berat kerana hutang dan meminjam wang
4.6 Menyara hidup melebihi pendapatan rasmi
4.7 Perisytiharan harta
4.8 Kegiatan jenayah
4.9 Kegiatan politik
4.10 Kegiatan keagamaan dadah dan minuman keras
4.11 Kesalahan penggunaan aset dan personel
4.12 Kekerasan dan penggunaan bahasa kesat serta diskriminasi
4.13 Pakaian
4.14 Ketidakhadiran bertugas

5. Pengetahuan tentang Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)

5.1 Pergerakan Gaji5.2 Syarat-syarat kenaikan pangkat


6. Pengetahuan tentang Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

6.1 Aspek-aspek Keselamatan
6.1.1 Ancaman Keselamatan dan Tanggungjawab Pegawai
6.1.2 Keselamatan Fizikal
6.1.3 Keselamatan Dokumen
6.1.4 Keselamatan Peribadi
6.2 Perkara Perkhidmatan
6.2.1 Jabatan dan Orang Ramai
(i) Mengemaskan peraturan pejabat
(ii) Hubungan dengan orang ramai
6.2.2 Perkara-perkara Perkhidmatan
(i) Sistem penilaian prestasi anggota perkhidmatan awam
(ii) Kenyataan perkhidmatan
6.2.3 Surat-menyurat
(i) Menyurat dan mengalamatkan surat
(ii) Menulis minit
(iii) Melayani surat-surat yang diterima
6.2.4 Fail-memfail
(i) Pengelasan fail-fail
(ii) Mendaftar dan menyelenggarakan fail
(iii) Pengedaran fail-fail
(iv) Simpan dalam perhatian (SDP)
(v) Memelihara dan menjaga keselamatan fail
6.2.5 Memelihara dan Menyimpan Rekod-rekod Kerajaan
(i) Rekod kerajaan dan peranan Arkib Negara
(ii) Memelihara rekod-rekod6.3 Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA)
6.3.1 Panduan Meningkatkan Kualiti Layanan Urusan Melalui Telefon(Bil.1/1991)
6.3.2 Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Urusan Jawatankuasa-jawatankuasaKerajaan (Bil.2/1991)
6.3.3 Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK)(Bil.7/1991)
6.3.4 Panduan Mengenai Program Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja(Bil.8/1991)
6.3.5 Panduan Mengenai Piagam Pelanggan (Bil.3/1993)
6.3.6 Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000 Dalam Perkhidmatan(Bil.2/1996)
6.3.7 Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota PerkhidmatanAwam (Bil.2/2002)
SENARAI RUJUKAN
1. Arahan Keselamatan
2. Arahan Perkhidmatan
3. Kod Tata kelakuan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia
4. Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam - Intan (1991)
5. Panduan Penyelenggaraan Tindakan Tatatertib Kementerian Pelajaran Malaysia
6. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) - Bil.1/1991, 2/1991,7/1991, 8/1991,3/1993, 2/1996, & 2/2002
7. Pekeliling Perkhidmatan Bil.4/2002
8. Pekeliling Perkhidmatan Bil.17 Tahun 2001 (Penguatkuasaan Surat AkuJanji UntukPegawai Awam)
9. Pekeliling-Pekeliling Dan Surat Pekeliling Perkhidmatan YangDikeluarkan DariSemasa Ke Semasa
10. Pelan Integriti Nasional - Percetakan Nasional Berhad (2004)
11. Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Komputer - Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
12. Perintah-Perintah Am
13. Protokol Dan Etiket Dalam Pengurusan Dan Menghadiri Majlis - Intan (1999)
14. Tonggak 12 - Intan (1992)





SUKATAN PEPERIKSAAN PENILAIAN 'TAHAP KECEKAPANBAHAGIAN I – KOMPETENSI UMUM (TK 2)

1. Keutuhan Peribadi

1.1 Mengetahui nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh kakitangan awamke arah meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan awam seperti:
1.1.1 Tonggak 12
1.1.2 Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam
1.1.3 Pelan Integriti Nasional (PIN)
1.1.4 Aku Janji

2. Pengetahuan tentang Protokol dan Etiket dalam Pengurusan dan MenghadiriMajlis

2.1 Pengertian protokol dan etiket
2.2 Kepentingan protokol dan etiket
2.3 Elemen protokol dan etiket
2.4 Kaedah penyusunan tempat duduk bagi pelbagai majlis mengikut amalanprotokol
2.4.1 Prinsip-prinsip penyusunan tempat duduk
2.5 Kaedah penyusunan tempat duduk bagi jamuan makan mengikut amalanprotokol
2.5.1 Kedudukan tetamu kehormat
2.6 Bendera Malaysia dan Negeri-negeri mengikut susunan
2.7 Tanggungjawab penyambut tetamu dalam pelbagai majlis formal dan tidakformal
2.7.1 Kategori penyambut tetamu
2.7.2 Bidang tugas penyambut tetamu
2.7.3 Kriteria penyambut tetamu yang baik
2.7.4 Teknik menyambut
2.8 Ketertiban ketika di meja makan
2.9 Ketertiban menghadiri majlis rasmi
2.10 Lagu Kebangsaan

3. Pengetahuan AsasTeknologi Maklumat

3.1 Asas-asas Komputer3.2 Microsoft Office
3.2.1 Word3.2.2 Excel
3.2.3 PowerPoint
3.3 Internet (e-mail/laman web)
3.4 Pengetahuan asas peralatan komputer

4. Pengetahuan tentang Kod Tata Kelakuan Perkhidmatan Awam

4.1 Pekerjaan luar
4.2 Keselamatan dan kerahsiaan maklumat
4.3 Membuat pernyataan awam dan perhubungan dengan media massa
4.4 Penerimaan hadiah atau keraian
4.5 Kesusahan berat kerana hutang dan meminjam wang
4.6 Menyara hidup melebihi pendapatan rasmi
4.7 Perisytiharan harta
4.8 Kegiatan jenayah
4.9 Kegiatan politik
4.10 Kegiatan keagamaan, dadah, dan minuman keras
4.11 Kesalahan penggunaan aset dan personel
4.12 Kekerasan dan penggunaan bahasa kesat serta diskriminasi
4.13 Pakaian
4.14 Ketidakhadiran bertugas

5. Pengetahuan tentang Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)

5.1 Pergerakan Gaji

5.2 Syarat-syarat kenaikan pangkat


6. Pengetahuan tentangPentadbiran dan Pengurusan Pejabat

6.1 Aspek-aspek Keselamatan
6.1.1 Ancaman Keselamatan dan Tanggungjawab Pegawai
6.1.2 Keselamatan Fizikal
6.1.3 Keselamatan Dokumen
6.1.4 Keselamatan Peribadi
6.2 Perkara Perkhidmatan
6.2.1 Jabatan dan Orang Ramai
(i) Mengemaskan peraturan pejabat
(ii) Hubungan dengan orang ramai
6.2.2 Perkara-perkara Perkhidmatan
(i) Sistem penilaian prestasi anggota perkhidmatan awam
(ii) Kenyataan perkhidmatan
6.2.3 Surat-menyurat
(i) Menyurat dan mengalamatkan surat
(ii) Menulis minit
(iii) Melayani surat-surat yang diterima
6.2.4 Fail-memfail
(i) Pengelasan fail-fail
(ii) Mendaftar dan menyelenggarakan fail
(iii) Pengedaran fail-fail
(iv) Simpan dalam perhatian (SDP)
(v) Memelihara dan menjaga keselamatan fail
6.2.5 Memelihara dan Menyimpan Rekod-rekod Kerajaan
(i) Rekod kerajaan dan peranan Arkib Negara
(ii) Memelihara rekod-rekod
6.3 Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA)
6.3.1 Panduan Meningkatkan Kualiti Layanan Urusan Melalui Telefon(Bil.1/1991)
6.3.2 Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Urusan Jawatankuasa-jawatankuasaKerajaan (Bil.2/1991)
6.3.3 Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK)(Bil.7/1991)
6.3.4 Panduan Mengenai Program Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja(Bil.8/1991)
6.3.5 Panduan Mengenai Piagam Pelanggan (Bil.3/1993)
6.3.6 Garis PanduanBagi Melaksanakan MS ISO 9000 Dalam Perkhidmatan(Bil.2/1996)
6.3.7 Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota PerkhidmatanAwam (Bil.2/2002)


SENARAI RUJUKAN
1. Arahan Keselamatan
2. Arahan Perkhidmatan
3. Kod Tata kelakuan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia
4. Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam - Intan (1991)
5. Panduan Penyelenggaraan Tindakan Tatatertib Kementerian Pelajaran Malaysia
6. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) - Bil.1/1991, 2/1991,7/1991, 8/1991,3/1993, 2/1996, & 2/2002
7. Pekeliling Perkhidmatan Bil.4/2002
8. Pekeliling Perkhidmatan Bil.17 Tahun 2001 (Penguatkuasaan Surat AkuJanji UntukPegawai Awam)
9. Pekeliling-Pekeliling Dan Surat Pekeliling Perkhidmatan YangDikeluarkan DariSemasa Ke Semasa
10. Pelan Integriti Nasional - Percetakan Nasional Berhad (2004)
11. Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Komputer - Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
12. Perintah-Perintah Am
13. Protokol Dan Etiket Dalam Pengurusan Dan Menghadiri Majlis - Intan (1999)14. Tonggak 12 - Intan (1992)